Posts

Showing posts from March, 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

Image
             Panitia Pendidikan Islam SK Taman Seri Pagi telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1/2017. Program ini dijalankan di  Surau Siti Aishah SK Taman Seri Pagi. Program ini dikutuai oleh dua orang fasilitator hebat iaitu Ustaz Rahmat, Ustaz Farid, Ustazah Siti Hamizah dan Ustazah Norazila.              Program ini  adalah sebahagian daripada program j-QAF yang perlu dilaksanakan di setiap sekolah. Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wudhuk dan solat untuk murid-murid yang masih belum menguasai dalam melaksanakan perkara fardu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan ebih yakin dan mantapdari segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan. Ustaz Rahmat memberi taklimat kepada peserta Kem Bestari Solat Murid-murid khusyuk menonton video Penerangan daripada Ustaz Farid Tatacara mengambil wuduk (lelaki) Ta

MAJLIS PENUTUP KRIKET MSSM 2017

Image
Sekalung Tahniah kpd Pengerusi Teknik Kriket Negeri Sembilan Guru Besar SK Taman Seri Pagi, Barisan Guru Penolong Kanan, Jawatankuasa Pengelola, Urusetia, Petugas tempat dan semua yang terlibat. Terima Kasih diucapkan.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEREMBAN 2

Image
Pada 13 hingga 16 Mac 2017, beberapa murid SK Taman Seri Pagi telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Seremban 2 bertempat di  Stadium USIM, Nilai. Hasilnya, wakil sekolah ini telah meraih beberapa kejayaan yang amat membanggakan. Muhammad Aiman telah merangkul anugerah johan (Lelaki 12 Tahun), atlet terbaik MSSD Seremban 2 dan olahragawan terbaik. Tahniah kepada semua guru dan murid-murid. Semoga dengan kejayaan ini menjadi penyuntik inspirasi untuk lebih maju pada masa akan datang!

SUKANTARA KEJOHANAN SUKAN SK TAMAN SERI PAGI 2017

Image
JADUAL ACARA SUKANTARA PERSIAPAN TEMPAT SETIAP ACARA BARISAN PENGADIL PENGLIBATAN MURID-MURID

PROGRAM PERMATA PINTAR 2017

Image
SK Taman Seri Pagi telah menjalankan taklimat berkenaan UJIAN UKM. Ujian ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009.  Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara  http://www.ukm.my/permatapintar  dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia  http://www.moe.gov.my , Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunak