Posts

Showing posts from 2017

PERTANDINGAN BOWLING SEMPENA HARI GURU 2017

Image
Pada 6 Mei 2017 SK Taman Seri Pagi telah menjalankan Pertandingan Bowling Sempena Hari Guru 2017 bertempat di AEON Seremban 2. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada guru-guru dan staf SK Taman Seri Pagi. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga SK taman Seri Pagi.

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEKERJA 2017

Image
2 Mei 2017 Bertemakan Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi, satu sambutan yang sederhana tetapi meriah bagi menghargai pengorbanan dan jasa yang telah disumbangkan oleh para guru dan staf SK Taman Seri Pagi. Tergambar wajah gembira setiap  warga SK Taman Seri Pagi pada hari tersebut. Ucapan watikah oleh guru besar Bacaan doa Ucapan Pengerusi Majlis Barisan guru dan staf  Penyampaian cenderamata kepada staf SK Taman Seri Pagi  Bacaan Ikrar Upacara memotong kek Dengan tema pada tahun ini diharapkan dapat memupuk kesedaran yang lebih meluas kepada warga pekerja, pihak majikan dan masyarakat secara keseluruhannya mengenai pentingnya aspek kemahiran dan kreativiti dalam memacu pendapatan tinggi negara melalui inovasi.

MAJLIS PERSARAAN PUAN NORAINI

Image

MAJLIS PENUTUP PROGRAM KM1M TAHUN 2017

Image
Pada  7 April 2017 telah diadakan Majlis Penutup Program KM1M Tahun 2017. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA TAHUN 2017

Image
Pada 4 April 2017, SK Taman Seri Pagi telah menjalankan Program Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Tahun 2017.  Kem Membaca 1Malaysia   merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.   Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.  Ucapan Guru Besar  Ucapan Penyelaras Perpustakaan dan Media  Ucapan Pengerusi Majlis  Guru Besar merasmikan Majlis KM1M Semua murid dan guru membaca buku selama 10 minit  Persembahan koir Lagu Nilam oleh Pengawas Pustakawan Penyampaian Kit Nilam kepada guru kelas Semoga dengan Pelancaran KM1M ini dapatmemuuk minat murid untuk membaca, m embina dan mengukuh budaya membaca di kalangan pelajar d

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH TAMAN SERI PAGI KALI KE-12 TAHUN 2017

Image
Pada 2 April 2017, SK Taman Seri Pagi telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-12. Berikut adalah gambar-gambar suasana sepanjang kejohanan sukan ini berlangsung.  Perbarisan Rumah Sukan  Hiasan Rumah Sukan Sukaneka Prasekolah Sukaneka PPKI Kejohanan Sukan Tarik Tali Guru VS Kaum Bapa Sukaneka Kaum Ibu Penyampaian Hadiah Olahragawan dan Olahragawati SKTSP 2017 Candid Time! Syabas dan tahniah kepada semua guru, ibubapa dan murid dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SKTSP 2017!