SEJARAH


SEJARAH  SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi ditubuhkan pada tahun 2000. Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Senawang (Cawangan) di bawah penyelia Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senawang, Cik Saliha Binti Yahya dengan jumlah guru 13 orang dan murid 323 orang dan beroperasi secara menumpang di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang 2.

Pada 1 Januari 2001 nama sekolah ini bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Senawang 2. Sebagai permulaan, sekolah ini telah menerima pelajar tahap 1 dan 2, jumlah murid adalah seramai 22 orang yang diketuai oleh En. Zakaria bin Abdul Hamid sebagai Guru Besar yang pertama.

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi telah berjaya menubuhkan Badan Penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada tanggal 27 Februari 2000. Persatuan ini telah dianggotai oleh 15 orang ahli jawatankuasa dan En. Shafie bin Mohd Nor sebagai Pengerusi Penaja PIBG. En. Mustaffa bin Katim telah dipilih menjadi Yang Dipertua PIBG pada mesyuarat yang pertama dan En. Shafie Mohd Nor sebagai Naib Yang Dipertua PIBG.


Impian untuk berpindah ke bangunan sendiri terlaksana apabila bangunan sekolah siap sepenuhnya pada 11 Julai 2001 dengan jumlah pelajarnya 618 orang yang terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5. Bermula dari detik ini , wujudlah era baru di kalangan pelajar dan guru dengan identiti tersendiri dan semangat baru iaitu “MENCERNA KECERMERLANGAN MINDA agar terus maju bersama sekolah ini. Dengan usaha pihak sekolah dan PIBG akhirnya pihak pendaftaran telah meluluskan pertukaran nama sekolah ini dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI pada tahun 2002.

Pada tahun 2002 seramai 87 orang murid tahun 6 menduduki UPSR yang pertama di sekolah ini.

  Sebuah makmal komputer dan bangunan Prasekolah telah siap dibina dan telah memulakan operasinya. Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi dikelilingi dengan pemandangan dan lanskap yang menarik dan indah , sesuai dengan perkembangan masa dan penduduk yang agak pesat. Pada pertengahan tahun 2012 , sekolah ini mempunyai jumlah pelajar seramai 1655 orang dengan 53 kelas (termasuk PPKI dan Prasekolah),112 orang guru serta 13orang kakitangan sokongan.


Bermula tahun 2013, Prasekolah telah menjadi 3 buah kelas daripada 2 buah kelas, manakala kelas PPKI juga telah diwujudkan untuk golongan masalah pembelajaran sejak tahun 2011 lagi.
























BARISAN GURU BESAR SKTSP

BIL
NAMA GURU
TAHUN BERKHIDMAT
1.
TUAN HAJI ZAKARIA B. ABD HAMID
2000-2005
2.
EN. RUZLAN BIN MOHD YUSOF
2005-2012
3.
EN. AHMAD BIN HARUN
2012- 2015
4.
EN. ZAKRI BIN ABD AZIZ
2015 HINGGA KINI



1 comment: