Posts

Showing posts from April 6, 2015

PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA PEMENANG OLAHRAGA YANG MENYERTAI MSSD SRBN 2

Image
TARIKH                :                31 MAC 2015 MASA                  :                  8.00 PAGI TEMPAT               :                TAPAK PERHIMPUNAN Pada tahun ini sekolah sekali lagi menyertai kejohanan olahraga yang bermula pada 23 Mac -27 Mac 2015 di Stadium Paroi. Pada kejohanan kali ini sekolah telah berjaya memenangi 2 Emas, 4 Perak dan 1 Gangsa. Emas disumbangkan melalui acara lompat jauh P10 dan 4X100 L12. Pingat perak pula dimenangi melalui acara Lompat Pagar P10 dan Lompat jauh L12 sementara pingat gangsa dimenangi melalui acara 4X100 L10. Pada tahun ini sekolah telah berjaya menduduki tangga ke-4 di peringkat Seremban 2. Dua atlit iaitu Farah Alia dan Muhammad Danish Aiman terpilih mewakili peringkat negeri.

PROGRAM AKUJANJI MERCU JAYA TAHUN 6 2015

Image
TARIKH             :           27 MAC 2015 MASA                 :           8.00 PAGI TEMPAT            :           DEWAN TERBUKA DAN DEWAN TAHUN 6 SK TAMAN SERI PAGI Matlamat program ini adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid dalam menentukan hala tuju mereka dalam setiap mata pelajaran UPSR. Murid menentukan sendiri target yang ingin mereka capai dalam UPSR 2015 berdasarkan kemampuan mereka semaksima mungkin. Ibu bapa pula akan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memantau pencapaian akademik anak jagaan masing-masing. Objektifnya pula adalah untuk menentukan target pencapaian yang ingin dicapai dalam UPSR 2015, guru berusaha membantu murid untuk mencapai target, ibu bapa memainkan peranan dengan memantau pencapaian akademik anak masing-masing bagi mencapai target UPSR 2015, ibu bapa perlu berbincang dengan guru untuk membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian murid dan prestasi sekolah dalam UPSR 2015 serta pemantauan prestasi secara berterusa