Posts

Showing posts from August, 2015

PERKHEMAHAN PANDU PUTERI TUNAS PERINGKAT SEREMBAN 2 2015

Image
Tarikh  :  21 -22 Ogos 2015 Tempat :  SJKC Chung Hua, Rantau Pasukan Pandu Puteri sekolah telah memenangi   Johan pertandingan kraftangan. Manakala tempat ke-3 dalam pertandingan gajet dan rak kasut. Tahniah di ucapkan kepada para pelajar dan guru pembimbing. Tahniah SKTSP.

PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2015

Image
Tarikh   :  19 hingga 21 Ogos 2015 Tempat  :  Kem Rimba Ilmu (Kampung Terusan Juasseh) Pada perkhemahan tersebut Sk Taman Seri Pagi menyertai  pertandingan Pertolongan Cemas . Dalam acara itu jugalah Sk Taman Seri Pagi menjadi Johan. Tahniah kepada peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada Puteri Islam sekolah.

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Image
MERDEKA!!! MERDEKA !!!! MERDEKA !!!! Tarikh   :   17 Ogos 2015 Tempat  :   Tapak Perhimpunan SKTSP   #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. "Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia. "Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada," katanya Ahmad Shabery berkata mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. "Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antar

MISI KEBERSIHAN BERSAMA DETTOL

Image
Tarikh  :  14 Ogos 2015 Tempat : Dewan Terbuka Sk Taman Seri Pagi Misi kebersihan bersama Dettol ini ditaja oleh Dettol. Pelajar-pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mencuci tangan dengan bersih.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEGOLAND

Image
LEGOLAND Tarikh   :  15 Ogos 2015 Anjuran :  Pusat Sumber Sekolah Sk Taman Seri Pagi Peserta   :  70 Orang Pelajar Program lawatan sambil belajar ini dirancang bagi memberi pendedahan yang khusus kepada pelajar akan konsep hidup berdikari ketika mengikuti aktiviti disamping mengisi masa terluang. Ia juga untuk memberi peluang kepada Pengawas Pusat Sumber untuk pergi ke satu lagi tempat yang menarik dan menjadi tarikan pelancong di Malaysia. Diharapkan lawatan ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar-pelajar membina keyakinan diri melalui aktiviti yang bersesuaian. Disamping itu dapat membuka minda pelajar dengan suasana dan pengalaman baru.

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3 2015

Image
Tarikh    : 14 Ogos 2015 Masa      :  10.00 pagi - 12.20 tengahari Tempat   :  Surau SK Taman Seri Pagi Kem Bestari Solat ini hanya untuk pelajar tahun 3 sahaja. Objektif Kem Bestari Solat ini adalah untuk memberi pendedahan perkara-perkara yang berkaitan wudhu'  & solat fardhu supaya murid dapat mengamalkan dalam kehidupan harian.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKTSP 2015

Image
                Bertarikh 6 Ogos 2015, warga Sek Keb Taman Seri Pagi telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan ini termasuk jamuan murid-murid yang di adakan di kelas.                 Jamuan Badan Kebajikan Guru dan Staf memulakan majlis dengan memasak rendang, kuah kacang, lemang pada hari sebelumnya iaitu pada hari rabu. 

KEJOHANAN SUKAN TAEKWANDO REMAJA TERTUTUP DUN PAROI KALI KE 4

Image
TARIKH : 9/5/2015 TEMPAT: SMK PANCHOR Sk Taman Seri Pagi telah menghantar 8 orang pelajar untuk menyertai kejohanan ini. Dengan usaha pelajar-pelajar tersebut, mereka telah menjuarai beberapa pingat dalam kejohanan tersebut. Pelajar-pelajar tersebut adalah: 1. Syarifah Sufi Hanna Bt Syed Syahab - JOHAN (kategori 10-12 tahun Bantam(P) 2. Muhd Farish Emile Bin Mazlan - NAIB JOHAN (kategori 10-12 tahun heavy (L) 3. Muhd Aiman Ammar Bin Mazli - NAIB JOHAN (kategori 10-12 tahun Welter (L) 4. Abdul Raziq Bin Rosli - NAIB JOHAN (Kategori 10-12 tahun Bantam (L) 5. Muhd Hazim Bin Fazli - Tempat ke-3 (kategori 10-12 tahun Heavy (L) 6. Amerul Mustaqim Bin Amir Hamzah - Tempat ke-3 (Kategori 10-12 tahun heavy(L) 7. Kasshven A/L Ravindran - Sijil Penyertaan 8. Elventerens Bin Jontan - Sijil Penyertaan TAHNIAH !!!!