Posts

Showing posts from April, 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN 1 - MAC GURU-GURU, STAF SERTA PEKERJA AM 2015

Image
TARIKH         :            1 APRIL 2015 TEMPAT        :            TAPAK PERHIMPUNAN MASA             :            8.30 PAGI Diucapkan selamat hari lahir kepada semua guru, staf sokongan dan pekerja am sekolah. Sambutan ini di taja oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Taman Seri Pagi.

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SKTSP 2015

Image
TARIKH          :         1 APRIL 2015 TEMPAT         :          TAPAK PERHIMPUNAN MASA              :          8.00 PAGI            Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang dilantik sebagai pengawas perpustakaan. Selamat menjalankan tugas.

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK TAMAN SERI PAGI, EN. AHMAD BIN HARUN

Image
TARIKH            :            31 MAC 2015 MASA               :             10.00 PAGI TEMPAT           :             DEWAN TERBUKA SK TAMAN SERI PAGI En. Ahmad Bin Harun mula bersara pada 1 Mei 2015 tetapi majlis Persaraan beliau dilakukan awal kerana beliau telah mengambil cuti rehat bermula 1 April 2015 sehingga tarikh bersara. En Ahmad Bin Harun berkhidmat dalam perkhidmatan sebagai guru biasa pada tahun 1976 dan bermula berkhidmat di Sk Taman Seri Pagi pada tahun 2012. Beliau merupakan Guru Besar yang sangat berdedikasi dan sangat perihatin terhadap pekerja bawahannya. Kami warga SKTSP mengucapkan Selamat Bersara kepada beliau.

MAJLIS PERSARAAN PUAN ROZILA MD DIN N22 ( STAF SOKONGAN)

Image
TARIKH            :            31 MAC 2015 MASA              :            8.00 PAGI TEMPAT           :           RESTORAN AYAM SAMBAL HITAM DAN TAPAK PERHIMPUNAN Majlis Persaraan diadakan pada 31 Mac 2015 pada tarikh akhir Puan Rozila Md Din berkhidmat. Puan Rozila Md Din merupakan Pembantu Tadbir di Sk Taman Seri Pagi dan beliau telah berkhidmat di Sk Taman Seri Pagi selama 6 Tahun. Sebelum itu beliau telah berkhidmat di Sk Senawang. 

PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA PEMENANG OLAHRAGA YANG MENYERTAI MSSD SRBN 2

Image
TARIKH                :                31 MAC 2015 MASA                  :                  8.00 PAGI TEMPAT               :                TAPAK PERHIMPUNAN Pada tahun ini sekolah sekali lagi menyertai kejohanan olahraga yang bermula pada 23 Mac -27 Mac 2015 di Stadium Paroi. Pada kejohanan kali ini sekolah telah berjaya memenangi 2 Emas, 4 Perak dan 1 Gangsa. Emas disumbangkan melalui acara lompat jauh P10 dan 4X100 L12. Pingat perak pula dimenangi melalui acara Lompat Pagar P10 dan Lompat jauh L12 sementara pingat gangsa dimenangi melalui acara 4X100 L10. Pada tahun ini sekolah telah berjaya menduduki tangga ke-4 di peringkat Seremban 2. Dua atlit iaitu Farah Alia dan Muhammad Danish Aiman terpilih mewakili peringkat negeri.

PROGRAM AKUJANJI MERCU JAYA TAHUN 6 2015

Image
TARIKH             :           27 MAC 2015 MASA                 :           8.00 PAGI TEMPAT            :           DEWAN TERBUKA DAN DEWAN TAHUN 6 SK TAMAN SERI PAGI Matlamat program ini adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid dalam menentukan hala tuju mereka dalam setiap mata pelajaran UPSR. Murid menentukan sendiri target yang ingin mereka capai dalam UPSR 2015 berdasarkan kemampuan mereka semaksima mungkin. Ibu bapa pula akan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memantau pencapaian akademik anak jagaan masing-masing. Objektifnya pula adalah untuk menentukan target pencapaian yang ingin dicapai dalam UPSR 2015, guru berusaha membantu murid untuk mencapai target, ibu bapa memainkan peranan dengan memantau pencapaian akademik anak masing-masing bagi mencapai target UPSR 2015, ibu bapa perlu berbincang dengan guru untuk membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian murid dan prestasi sekolah dalam UPSR 2015 serta pemantauan prestasi secara berterusa