Thursday, 28 February 2013

CERAMAH MOTIVASI


" GURU INSAN MULIA "
 
16 Februari 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi khusus buat guru-guru telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban. Program Ceramah Motivasi ini telah berlangsung mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.
 
Dengan tajuk "Guru Adalah Insan Mulia", ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai saranan serta kata-kata pembakar semangat telah disampaikan oleh Sdr Syamsul dengan gaya penuh bersahaja di sepanjang ceramah beliau berlangsung.

 
Butiran lanjut boleh dilihat melalui blogspot penceramah : http://alumnidebatmalaysia.blogspot.com/2013/02/ceramah-motivasi-guru-insan-mulia-di-sk.html


 
 













 

Thursday, 14 February 2013

UJIAN FEBRUARI 2013

PERHATIAN :

KEPADA SEMUA GURU , PENJAGA MURID SKTSP

UJIAN FEBRUARI 2013 AKAN BERMULA DARI 19 HINGGA 21 FEBRUARI 2013
(SELASA - KHAMIS)

SILA RUJUK SURAT EDARAN MAKLUMAN JADUAL YANG AKAN DIEDARKAN

CERAMAH AWAL REMAJA OLEH JABATAN KESIHATAN SENAWANG

 
TAJUK CERAMAH : AWAL REMAJA
OLEH : JABATAN KESIHATAN SENAWANG
SASARAN : MURID TAHUN 6 SKTSP
 





Wednesday, 13 February 2013

SENAMROBIK SKTSP

PROGRAM : SENAMROBIK SKTSP
HARI : SETIAP KHAMIS
MASA : 7.20 - 7.30 pagi
 
CATATAN
Program senamrobik ini dijalankan setiap hari Khamis
bersamaan perjumpaan kokurikulum untuk aktiviti Sukan / Permainan
yang dijalankan setiap jam 7.30 -8.30 pagi.
Semua murid dan guru SKTSP terlibat bagi menjayakan program ini.





Wednesday, 6 February 2013

BANTUAN DARI SERI PAJAM

TARIKH : 4 FEBRUARI 2013 | ISNIN
MASA : 7.40 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN
SASARAN :
BANTUAN DIHULURKAN KEPADA ANAK YATIM
MURID SK TAMAN SERI PAGI TAHUN 2013






 

Friday, 1 February 2013

PROGRAM MENGECAT JALAN LUAR SEKOLAH


PROGRAM MENGECAT JALAN
KAWASAN SEKOLAH
 
DIJALANKAN SUPAYA IBU BAPA PENJAGA DAN KAKITANGAN
MEMATUHI PERATURAN KE LUAR MASUK SEKOLAH
DAN PERATURAN MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK