Posts

Showing posts from August 19, 2015

MISI KEBERSIHAN BERSAMA DETTOL

Image
Tarikh  :  14 Ogos 2015 Tempat : Dewan Terbuka Sk Taman Seri Pagi Misi kebersihan bersama Dettol ini ditaja oleh Dettol. Pelajar-pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mencuci tangan dengan bersih.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEGOLAND

Image
LEGOLAND Tarikh   :  15 Ogos 2015 Anjuran :  Pusat Sumber Sekolah Sk Taman Seri Pagi Peserta   :  70 Orang Pelajar Program lawatan sambil belajar ini dirancang bagi memberi pendedahan yang khusus kepada pelajar akan konsep hidup berdikari ketika mengikuti aktiviti disamping mengisi masa terluang. Ia juga untuk memberi peluang kepada Pengawas Pusat Sumber untuk pergi ke satu lagi tempat yang menarik dan menjadi tarikan pelancong di Malaysia. Diharapkan lawatan ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar-pelajar membina keyakinan diri melalui aktiviti yang bersesuaian. Disamping itu dapat membuka minda pelajar dengan suasana dan pengalaman baru.

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3 2015

Image
Tarikh    : 14 Ogos 2015 Masa      :  10.00 pagi - 12.20 tengahari Tempat   :  Surau SK Taman Seri Pagi Kem Bestari Solat ini hanya untuk pelajar tahun 3 sahaja. Objektif Kem Bestari Solat ini adalah untuk memberi pendedahan perkara-perkara yang berkaitan wudhu'  & solat fardhu supaya murid dapat mengamalkan dalam kehidupan harian.