KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017



             Panitia Pendidikan Islam SK Taman Seri Pagi telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1/2017. Program ini dijalankan di Surau Siti Aishah SK Taman Seri Pagi. Program ini dikutuai oleh dua orang fasilitator hebat iaitu Ustaz Rahmat, Ustaz Farid, Ustazah Siti Hamizah dan Ustazah Norazila. 

            Program ini adalah sebahagian daripada program j-QAF yang perlu dilaksanakan di setiap sekolah. Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wudhuk dan solat untuk murid-murid yang masih belum menguasai dalam melaksanakan perkara fardu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan ebih yakin dan mantapdari segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan.


Ustaz Rahmat memberi taklimat kepada peserta Kem Bestari Solat

Murid-murid khusyuk menonton video


Penerangan daripada Ustaz Farid


Tatacara mengambil wuduk (lelaki)

Tatacara mengambil wuduk (perempuan)




Murid membaca doa selepas mengambil wuduk




Seorang murid dilantik menjadi imam








Murid-murid diajar untuk bersolat


Semoga dengan adanya Kem Bestari Solat ini, murid-murid dapat memantapkan diri dalam menguasai dan melakukan perkara fardhu ain.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA BELON TIDAK MELETUP?

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2017