Thursday, 23 February 2017

PROGRAM KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 22 dan 23 Februari 2017, pegawai dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ampangan telah hadir ke SK Taman Seri Pagi untuk menjalankan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS). Program ini telah ditaklimatkan  oleh Pn. Norlida bt Abdul Aziz dibantu oleh Encik Muhammad Akmal bin Abd Razak dan Encik Muhammad Helmi bin Yaacob.

Antara aktiviti khidmat bantu yang dijalankan ialah 

a. Taklimat
-       Semua peserta (GPM dan juruteknik sekolah ahli, guru - guru sekolah khidmat bantu berkenaan serta staf PKG Ampangan) diberi taklimat tentang perjalanan program khidmat bantu selama 2 hari.
-       Pengagihan tugas mengikut bilik yang ditetapkan.




b. Aktiviti Yang Telah Dijalankan
i.      Perpustakaan
-       perbincangan keperluan aktiviti susun atur, keceriaan, sudut-sudut/ruang khas.
-       pelan lantai susun atur dan reka letak perabot. 





ii.    Bilik Audio Visual (Bilik Tayang)
-       perbincangan keperluan aktiviti susun atur, keceriaan, sudut-sudut/ruang khas.
-       pelan lantai susun atur dan reka letak perabot.





iii.   Bilik Bahan Bantu Mengajar
-       perbincangan keperluan aktiviti susun atur, keceriaan, sudut-sudut/ruang khas.
-       pelan lantai susun atur dan reka letak perabot.




iv. Makmal Komputer
-   Perbincangan untuk meningkatkan penggunaan chromebook dan VLE Frog dalam kalangan murid dan guru.
-   Pemindahan Chromecart A ke bilik Tayang
-   Gotong-royong membersihkan stor makmal komputer
-   Pengurusan fail
-   Pengurusan rekod penggunaan chromebook