Posts

Showing posts from June, 2015

PERJUMPAAN 3 PENJURU

Image
Hari ni bertarikh 25/6/15, SKTSP telah mengadakan perjumpaan 3 penjuru iaitu perjumpaan bersama ibu bapa murid. Ia bertujuan memberi keputusan peperiksaan yang lalu kepada ibu bapa murid. Perjumpaan seperti inilah guru-guru dapat memberi penjelasan kepada ibu bapa mengenai kelemahan anak-anak mereka dalam pelajaran. 

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ZOHIR BIN ABD ABAS

Image
Pada 19 Jun 2015, satu majlis perpisahan telah di adakan untuk meraikan kenaikan pangkat cikgu Zohir bin Abas sebagai GPK Koko serta majlis perpisahan kerana beliau akan di tempatkan di Sek Keb Mantin. Kami dari warga SKTSP mengucapkan selamat maju jaya kepada cikgu Zohir.

SUKAN SKTSP 2015

Image
      Pada 27 Mei 2015, SKTSP telah mengadakan sukan peringkat sekolah. Pada hari tersebut pelajar di beri cuti peristiwa. Sukan sekolah berlangsung dengan jayanya. Murid,guru serta staf memberi kerjasama dalam setiap bahagian.  Berikut gambar-gambar sepanjang sukan berlangsung. 1. Sukaneka untuk Pra Sekolah 2. Sukaneka Pendidikan Khas 3. Acara Balapan 4. Sukaneka tahun 1 dan 2 5. Tarik Tali 6. Sukaneka Ibu Bapa 7. Pemenang-pemenang 9. Olahragawan dan Olahragawati  9. Rumah Merah MERAH menjuarai sukan tahun ini.  10. Rumah Biru BIRU menjuarai acara perbarisan dan merupakan naib johan sukan sekolah.

HARI GURU SKTSP 2015

Image
SEMPENA HARI GURU 2015 , SKTSP TELAH MENYAMBUT HARI TERSEBUT  PADA 18 MEI DAN 25 MEI 2015.  SAMBUTAN DI ATAS DI ADAKAN PADA 18 MEI 2015 SECARA SERENTAK SELURUH MALAYSIA Pada hari tersebut guru-guru membaca ikrar serta mendengar amanat dari Ketua Pengarah JPNNS. Murid - murid juga menyanyikan lagu terima kasih guru nyanyian Upin Ipin. Majlis berakhir pada pukul 10.00 pagi. PADA 25 MEI 2015 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2015 BERJAYA DISAMBUT. Pada hari tersebut guru-guru diberi tema " KALAU AKU BUKAN GURU". Guru-guru sangat "sporting" dan mereka memakai pakaian yang rata-rata mengikut tema tersebut. Ada yang menjadi Tuk Mudim, askar, pegawai penyelidik, pegawai CSI, penoreh getah, sukarelawan dan sebagainya. Guru-guru juga membuat persembahan tersendiri. Ada dikalangan mereka menari,menyanyi dan berlakon. Masing-masing seronok menghiburkan murid-murid. PERTANDINGAN BOWLING SEMPENA HARI GURU Pada sebelah petang pula guru-guru

SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ

Image
TARIKH               :  22 MEI 2015 (JUMAAT) MASA                  :   8.00 PAGI TEMPAT              :   DEWAN TERBUKA SK TAMAN SERI PAGI PENCERAMAH  :  USTAZ MUHAMMAD RAFIE B MOHAMAD REJAB Sambutan kali ini SKTSP telah menjemput Ustaz Muhammad Rafie B. Mohamad Rejab untuk menyampaikan ceramah. Ceramah beliau di iringi dengan hujan yang lebat. Walaupun begitu ceramah tersebut berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada ustaz kerana sudi memberi ceramah pada hari tersebut.