Posts

Showing posts from July 10, 2015

CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Image
TEMPAT               :  DEWAN TERBUKA MASA                   :  8.30 PAGI TARIKH                :  10 JULAI 2015 PENCERAMAH    :  USTAZ ZULZAIDI BIN MAHMOD MAKNA NUZUL AL QURAN . Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh,  “Dia yang telah…..menurunkan hujan.”  (al-Baqarah:22), dan   “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.”   (Ali Imran:3). . ‘Nuzul’  bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi.   ‘Al-Quran’  pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.