Posts

Showing posts from February, 2017

PROGRAM KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Image
Pada  22 dan 23 Februari 2017, pegawai dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ampangan telah hadir ke SK Taman Seri Pagi untuk menjalankan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS). Program ini telah ditaklimatkan  oleh Pn. Norlida bt Abdul Aziz dibantu oleh Encik Muhammad Akmal bin Abd Razak dan Encik Muhammad Helmi bin Yaacob. Antara aktiviti khidmat bantu yang dijalankan ialah  a. Taklimat -        Semua peserta (GPM dan juruteknik sekolah ahli, guru - guru sekolah khidmat bantu berkenaan serta staf PKG Ampangan) diberi taklimat tentang perjalanan program khidmat bantu selama 2 hari. -        Pengagihan tugas mengikut bilik yang ditetapkan. b. Aktiviti Yang Telah Dijalankan i.       Perpustakaan -        perbincangan keperluan aktiviti susun atur, keceriaan, sudut-sudut/ruang khas. -        pelan lantai susun atur dan reka letak perabot.  ii.     Bilik Audio Visual (Bilik Tayang) -        perbincangan keperluan aktiviti susun atur, kece

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2017

Image
Pada 18 Februari 2017, SK Taman Seri Pagi telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 16 untuk tahun 2017. Mesyuarat Agung PIBG ini telah dirasmikan oleh Kapten (B) Othmarani bin Md Shah selaku yang dipertua PIBG SK Taman Seri Pagi. Mesyuarat kali ini meriah dengan kehadiran ibu bapa dan guru-guru. Terdapat juga pelbagai persembahan menarik sepanjang mesyuarat ini diadakan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SLIP UPKK 2016

Image
Pada 16 Februari 2017, SK Taman Seri Pagi telah mengadakan majlis penyampaian sijil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2016. Keputusan UPKK bagi tahun 2016 adalah seperti berikut : CALON : 60 Orang 8A : 20 orang 7A :  8 orang 6A :  9 orang 5A :  6 orang 4A :  6 orang 3A : 11 orang Ucapan dan penyampaian keputusan UPKK dari Ustaz Sharun Penyampaian sijil kepada murid mendapat 4, 5 dan 6 A  Penyampaian sijil kepada murid yang mendapat 7A Keriangan terpancar di wajah murid-murid cemerlang Tahniah!! Tahniah dan syabas kepada murid yang berjaya. Semoga dengan perolehan keputusan ini akan menjadi pemangkin semangat untuk lebih berjaya di dunia dan akhirat.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Image
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi telah mendapat tempat johan dalam acara merentas desa peringkat Negeri Sembilan seterusnya telah mewakili Zon Seremban 2. Syabas dan tahniah dari warga SKTSP!!!

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017

Image
Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran ke sekolah merupakan satu kriteria penting dalam menentukan kecemerlangan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan bahawa kehadiran murid ke sekolah harus diberi perhatian sepanjang tahun. Objektif Program Jom ke Sekolah : 1.   Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS . 2.   Mem bantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah . 3.   M embugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan d