Posts

Showing posts from August 20, 2015

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Image
MERDEKA!!! MERDEKA !!!! MERDEKA !!!! Tarikh   :   17 Ogos 2015 Tempat  :   Tapak Perhimpunan SKTSP   #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. "Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia. "Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada," katanya Ahmad Shabery berkata mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. "Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antar