Posts

Showing posts from August 28, 2016
Image
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Taman Seri Pagi 2016 Pada  15 Ogos 2016, SK Taman Seri Pagi telah menjalankan Majlis Perasmian Bulan kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Encik Faizal bin Zainal. Pada tahun ini, "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema Hari Kebangsaan ke-59 yang mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan, dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Ianya merupakan tema yang sama pada tahun 2015. Tema rasmi "Sehati Sejiwa" bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ianya juga membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain. Majlis pelancaran  ini turut diserikan lagi dengan persembahan murid. Semua guru dan murid bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016. Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2016, beberap acara akan diadakan seb