MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran ke sekolah merupakan satu kriteria penting dalam menentukan kecemerlangan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan bahawa kehadiran murid ke sekolah harus diberi perhatian sepanjang tahun.


Objektif Program Jom ke Sekolah :
1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.

2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

4. Menimbulkan minat dan daya tarikan supaya murid rajin ke sekolah.

5. Memastikan kehadiran murid ke sekolah mencapai 95%.




Diharapkan dengan adanya Program Jom Ke Sekolah ini dapat menimbulkan minat dan daya tarikan supaya murid rajin ke sekolah sekaligus dapat mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah


Comments

Popular posts from this blog

KENAPA BELON TIDAK MELETUP?

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2017