Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Taman Seri Pagi 2016


Pada  15 Ogos 2016, SK Taman Seri Pagi telah menjalankan Majlis Perasmian Bulan kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Encik Faizal bin Zainal.


Pada tahun ini, "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema Hari Kebangsaan ke-59 yang mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan, dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia.

Ianya merupakan tema yang sama pada tahun 2015. Tema rasmi "Sehati Sejiwa" bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ianya juga membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain.



Majlis pelancaran  ini turut diserikan lagi dengan persembahan murid.


Semua guru dan murid bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016.

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2016, beberap acara akan diadakan sebelum tanggal 31 Ogos 2016. Aktiviti ini akan dianjurkan oleh Panitian Pendidikan Seni Visual dan Panitia Muzik.

Antara aktiviti yang akan dijalankan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual ialah pertandingan mewarna, pertandingan membuat penanda buku, pertandingan kolaj bendera, binaan kreatif bertemakan bendera Malaysia, lukisan bangunan bersejarah dan membina model bangunan daripada bahan buangan.

Mnakala Panitia Muzik akan menjalankan aktiviti seperti pertandingan melengkapkan teka silang kata alat muzik, melengkapkan lirik lagu, koir dan nyanyian solo. Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti tersebut dapat memupuk dan meningkatkan semangat kemerdekaan dalam kalangan murid sekolah ini.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA BELON TIDAK MELETUP?

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2017