Monday, 6 April 2015

PROGRAM AKUJANJI MERCU JAYA TAHUN 6 2015

TARIKH             :           27 MAC 2015
MASA                 :           8.00 PAGI
TEMPAT            :           DEWAN TERBUKA DAN DEWAN TAHUN 6 SK TAMAN SERI PAGI



Matlamat program ini adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid dalam menentukan hala tuju mereka dalam setiap mata pelajaran UPSR. Murid menentukan sendiri target yang ingin mereka capai dalam UPSR 2015 berdasarkan kemampuan mereka semaksima mungkin. Ibu bapa pula akan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memantau pencapaian akademik anak jagaan masing-masing.

Objektifnya pula adalah untuk menentukan target pencapaian yang ingin dicapai dalam UPSR 2015, guru berusaha membantu murid untuk mencapai target, ibu bapa memainkan peranan dengan memantau pencapaian akademik anak masing-masing bagi mencapai target UPSR 2015, ibu bapa perlu berbincang dengan guru untuk membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian murid dan prestasi sekolah dalam UPSR 2015 serta pemantauan prestasi secara berterusan daripada pihak sekolah dan ibu bapa dalam mencapai target dan hala tuju yang telah ditetapkan.


No comments:

Post a Comment