Pada 16 Februari 2017, Panitia Sains telah menjalankan satu aktiviti eksperimen. Tujuan eksperimen ini adalah untuk mengetahui sebab belon yang berisi air tidak meletup walaupun dibakar dengan api. Keputusan eksperimen : Belon yang berisi air tidak meletup kerana api memanaskan air yang berada di dalam belon terlebih dahulu. Penerangan oleh Cikgu Rusida tentang eksperimen Aktiviti eksperimen Pelajar cuba menjawab soalan yang diajukan Murid-murid memberi perhatian terhadap eksperimen yang dijalankan Semoga dengan adanya aktiviti ini akan menambah minat murid dengan mata pelajaran Sains.
2 Mei 2017 Bertemakan Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi, satu sambutan yang sederhana tetapi meriah bagi menghargai pengorbanan dan jasa yang telah disumbangkan oleh para guru dan staf SK Taman Seri Pagi. Tergambar wajah gembira setiap warga SK Taman Seri Pagi pada hari tersebut. Ucapan watikah oleh guru besar Bacaan doa Ucapan Pengerusi Majlis Barisan guru dan staf Penyampaian cenderamata kepada staf SK Taman Seri Pagi Bacaan Ikrar Upacara memotong kek Dengan tema pada tahun ini diharapkan dapat memupuk kesedaran yang lebih meluas kepada warga pekerja, pihak majikan dan masyarakat secara keseluruhannya mengenai pentingnya aspek kemahiran dan kreativiti dalam memacu pendapatan tinggi negara melalui inovasi.
Pada 6 Mac 2017, SK Taman Seri Pagi telah menjalankan Majlis Penyampaian Watikah kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2017. Barisan Pengawas Tahun 2017 Barisan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2017 Tahniah kepada semua murid yang telah dipilih dan diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2017. Terima kasih kepada Sarjan , selaku yang sudi hadir bagi memberi kata-kata nasihat dan seterusnya menyempurnakan pemberian watikah pelantikan kepada semua pengawas baharu.
Comments
Post a Comment