CERAMAH TIPS PEPERIKSAAN SAAT AKHIR

 
 5 September 2012
 
Satu Program Ceramah Motivasi kecemerlangan Pelajar diadakan khusus untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR yang lalu .
 
Program ceramah dengan tajuk "TIPS PEPERIKSAAN SAAT AKHIR" bermula pada jam 8:30pagi hingga 10:30 pagi yang disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
 
 Mudah mudahan apa yang dikongsi bersama akan membuahkan hasil dengan keputusan UPSR yang bakal diterima pada 7 November 2012 nanti .
 
 Berikut adalah sedikit latar belakang penceramah yang diundang. Semoga akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk mereka yang inginkan kejayaan.
 
 
Saudara Syamsul Amri bin Ismail dilahirkan pada 3 Ogos 1977, di Kg Ayer Dedali, Jempol Negeri Sembilan. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah kebangsaan Paroi (1983-1989) seterusnya Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (1990-1992). Beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam diploma Pentadbiran awam dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda undang-undang juga di UiTM. Beliau seorang yang sangat aktif dalam persatuan-persatuan pelajar sewaktu menuntut di UiTM, antaranya pernah menyandang jawatan Presiden Kelab Usahawan (MEDEC UiTM), Exco Jawatankuasa Perwakilan KOMSIS UiTM, Presiden Kelab Debat & Pidato UiTM Shah Alam dan juga Naib Presiden Persatuan Wawasan UiTM Shah Alam. Di antara pencapaian cemerlang En. Syamsul Amri sepanjang penglibatan beliau dalam dunia pidato dan debat ialah Johan Pidato UiTM Melaka (1998), Johan Debat Piala Provos UiTM Melaka (1998), tempat Ketiga Debat DiRaja di USM Pulau Pinang (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (1999), Johan Pidato Kenegaraan Negeri Sembilan (2000), Johan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan di Ipoh (2000), tempat ketiga Debat DiRaja di UUM (Ranking Pertama Pendebat Terbaik Seluruh Malaysia) (2002), Johan Debat Perdana anjuran Majlis Peguam Malaysia (2002), Johan Debat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (2002), Johan Debat Komuniti Bestari Negeri Sembilan (2003), Johan Debat Komuniti Bestari (Pendebat terbaik pertandingan akhir) (2003) Johan Pidato KEMAS Negeri Sembilan (2003), Johan Pidato anjuran KEMAS Negeri Sembilan (2004). Beliau turut menjadi ketua hakim bagi pertandingan-pertandingan debat yang dianjurkan, jurulatih debat dan memiliki sijil Penghakiman Debat yang dikeluarkan oleh MADUM. Terakhir sekali, Johan Pidato Perdana Islam Hadhari Kebangsaan di PWTC di hadapan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 2006. Kini menjadi jurulatih sambilan untuk Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh serta beberapa buah Universiti Tempatan termasuk UNIMAS di Sarawak.









 

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA BELON TIDAK MELETUP?

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2017