SEJARAH
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi ditubuhkan
pada tahun 2000. Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah
Kebangsaan Senawang (Cawangan) di bawah penyelia Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Senawang, Cik Saliha Binti Yahya dengan jumlah guru 13 orang dan murid 323
orang dan beroperasi secara menumpang di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan
Senawang 2.
Pada 1 Januari 2001 nama sekolah ini bertukar
kepada Sekolah Kebangsaan Senawang 2. Sebagai permulaan, sekolah ini telah
menerima pelajar tahap 1 dan 2, jumlah murid adalah seramai 22 orang yang
diketuai oleh En. Zakaria bin Abdul Hamid sebagai Guru Besar yang pertama.
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi telah berjaya
menubuhkan Badan Penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada tanggal 27 Februari
2000. Persatuan ini telah dianggotai oleh 15 orang ahli jawatankuasa dan En.
Shafie bin Mohd Nor sebagai Pengerusi Penaja PIBG. En. Mustaffa bin Katim telah
dipilih menjadi Yang Dipertua PIBG pada mesyuarat yang pertama dan En. Shafie
Mohd Nor sebagai Naib Yang Dipertua PIBG.
Impian untuk berpindah ke bangunan sendiri
terlaksana apabila bangunan sekolah siap sepenuhnya pada 11 Julai 2001 dengan
jumlah pelajarnya 618 orang yang terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5.
Bermula dari detik ini , wujudlah era baru di kalangan pelajar dan guru dengan
identiti tersendiri dan semangat baru iaitu āMENCERNA KECERMERLANGAN MINDAā
agar terus maju bersama sekolah ini. Dengan usaha pihak sekolah dan PIBG
akhirnya pihak pendaftaran telah meluluskan pertukaran nama sekolah ini dengan
nama SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI
pada tahun 2002.
Pada tahun 2002 seramai 87 orang murid tahun 6
menduduki UPSR yang pertama di sekolah ini.
Sebuah makmal komputer dan bangunan Prasekolah
telah siap dibina dan telah memulakan operasinya. Sekolah Kebangsaan Taman Seri
Pagi dikelilingi dengan pemandangan dan lanskap yang menarik dan indah , sesuai
dengan perkembangan masa dan penduduk yang agak pesat. Pada pertengahan tahun
2012 , sekolah ini mempunyai jumlah pelajar seramai 1655 orang dengan 53 kelas
(termasuk PPKI dan Prasekolah),112 orang guru serta 13orang kakitangan
sokongan.
Bermula tahun 2013, Prasekolah telah menjadi 3 buah kelas daripada 2 buah kelas, manakala kelas PPKI juga telah diwujudkan untuk golongan masalah pembelajaran sejak tahun 2011 lagi.
BARISAN GURU BESAR SKTSP
BIL
|
NAMA GURU
|
TAHUN BERKHIDMAT
|
1.
|
TUAN HAJI ZAKARIA B. ABD
HAMID
|
2000-2005
|
2.
|
EN. RUZLAN BIN MOHD YUSOF
|
2005-2012
|
3.
|
EN. AHMAD BIN HARUN
|
2012- 2015
|
4.
|
EN. ZAKRI BIN ABD AZIZ
|
2015 HINGGA KINI
|
Banyak dh berubah..
ReplyDeleteI KNOW....
DeleteAssalamualaikum, saya nak tanya program apa yang ditawarkan untuk kelas PPKI?
ReplyDeletehi, i'm studying this school. actually you have to upgrade your school because the toilet are not clean and it's very broke everywhere. but this school are very good teacher and very kind teacher. example my class 6mars, cikgu diana cikgu salwah, cikgu ida and our favourite teacher, cikgu ismail. i hope u will clean and repair the bathroom.
ReplyDelete