SKTP telah mengadakan program menyambut Ambang Merdeka yang di adakan pada 28 Ogos 2015 yang lalu. Pada program tersebut pihak sekolah telah menjemput Kapten Othmarani selaku YDP PIBG SKTSP menyampaikan amanat beliau kepada pelajar SKTSP mengenai kemerdekaan. Beliau juga telah melaungkan "MERDEKA" sebanyak 7X yang di susuli laungan dari pelajar-pelajar SKTSP. Sempena ambang merdeka juga, Panitia Muzik telah mengadakan pertandingan Koir mengikut Kelas dan Pertandingan nyanyian solo.