PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA PEMENANG OLAHRAGA YANG MENYERTAI MSSD SRBN 2

TARIKH : 31 MAC 2015 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN Pada tahun ini sekolah sekali lagi menyertai kejohanan olahraga yang bermula pada 23 Mac -27 Mac 2015 di Stadium Paroi. Pada kejohanan kali ini sekolah telah berjaya memenangi 2 Emas, 4 Perak dan 1 Gangsa. Emas disumbangkan melalui acara lompat jauh P10 dan 4X100 L12. Pingat perak pula dimenangi melalui acara Lompat Pagar P10 dan Lompat jauh L12 sementara pingat gangsa dimenangi melalui acara 4X100 L10. Pada tahun ini sekolah telah berjaya menduduki tangga ke-4 di peringkat Seremban 2. Dua atlit iaitu Farah Alia dan Muhammad Danish Aiman terpilih mewakili peringkat negeri.