MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK TAMAN SERI PAGI, EN. AHMAD BIN HARUN

TARIKH : 31 MAC 2015 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK TAMAN SERI PAGI En. Ahmad Bin Harun mula bersara pada 1 Mei 2015 tetapi majlis Persaraan beliau dilakukan awal kerana beliau telah mengambil cuti rehat bermula 1 April 2015 sehingga tarikh bersara. En Ahmad Bin Harun berkhidmat dalam perkhidmatan sebagai guru biasa pada tahun 1976 dan bermula berkhidmat di Sk Taman Seri Pagi pada tahun 2012. Beliau merupakan Guru Besar yang sangat berdedikasi dan sangat perihatin terhadap pekerja bawahannya. Kami warga SKTSP mengucapkan Selamat Bersara kepada beliau.