KARNIVAL SUKANEKA DAN BAHASA PEMULIHAN KHAS NEGERI SEMBILAN
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Karnival ini di adakan di Kompleks Rakan Muda Jempol pada 15 Oktober 2015. Sekolah telah menghantar beberapa orang murid dari kelas pemulihan ke pertandingan tersebut.
Pada 16 Februari 2017, Panitia Sains telah menjalankan satu aktiviti eksperimen. Tujuan eksperimen ini adalah untuk mengetahui sebab belon yang berisi air tidak meletup walaupun dibakar dengan api. Keputusan eksperimen : Belon yang berisi air tidak meletup kerana api memanaskan air yang berada di dalam belon terlebih dahulu. Penerangan oleh Cikgu Rusida tentang eksperimen Aktiviti eksperimen Pelajar cuba menjawab soalan yang diajukan Murid-murid memberi perhatian terhadap eksperimen yang dijalankan Semoga dengan adanya aktiviti ini akan menambah minat murid dengan mata pelajaran Sains.
Pada 13 hingga 16 Mac 2017, beberapa murid SK Taman Seri Pagi telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Seremban 2 bertempat di Stadium USIM, Nilai. Hasilnya, wakil sekolah ini telah meraih beberapa kejayaan yang amat membanggakan. Muhammad Aiman telah merangkul anugerah johan (Lelaki 12 Tahun), atlet terbaik MSSD Seremban 2 dan olahragawan terbaik. Tahniah kepada semua guru dan murid-murid. Semoga dengan kejayaan ini menjadi penyuntik inspirasi untuk lebih maju pada masa akan datang!
Comments
Post a Comment