5 September 2012
Satu Program Ceramah Motivasi kecemerlangan Pelajar diadakan khusus untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR yang lalu .
Program ceramah dengan tajuk "TIPS PEPERIKSAAN SAAT AKHIR" bermula pada jam 8:30pagi hingga 10:30 pagi yang disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
Mudah mudahan apa yang dikongsi bersama akan membuahkan hasil dengan keputusan UPSR yang bakal diterima pada 7 November 2012 nanti .
Berikut adalah sedikit latar belakang penceramah yang diundang. Semoga akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk mereka yang inginkan kejayaan.

Saudara Syamsul Amri bin
Ismail dilahirkan pada 3 Ogos 1977, di Kg Ayer Dedali, Jempol Negeri Sembilan.
Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah kebangsaan Paroi (1983-1989)
seterusnya Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (1990-1992). Beliau telah
melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam diploma
Pentadbiran awam dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana
muda undang-undang juga di UiTM. Beliau seorang yang sangat aktif dalam
persatuan-persatuan pelajar sewaktu menuntut di UiTM, antaranya pernah
menyandang jawatan Presiden Kelab Usahawan (MEDEC UiTM), Exco Jawatankuasa
Perwakilan KOMSIS UiTM, Presiden Kelab Debat & Pidato UiTM Shah Alam dan
juga Naib Presiden Persatuan Wawasan UiTM Shah Alam. Di antara pencapaian
cemerlang En. Syamsul Amri sepanjang penglibatan beliau dalam dunia pidato dan
debat ialah Johan Pidato UiTM Melaka (1998), Johan Debat Piala Provos UiTM
Melaka (1998), tempat Ketiga Debat DiRaja di USM Pulau Pinang (Pendebat Terbaik
Keseluruhan) (1999), Johan Pidato Kenegaraan Negeri Sembilan (2000), Johan
Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan di Ipoh (2000), tempat ketiga Debat
DiRaja di UUM (Ranking Pertama Pendebat Terbaik Seluruh Malaysia) (2002), Johan
Debat Perdana anjuran Majlis Peguam Malaysia (2002), Johan Debat Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (Pendebat Terbaik Keseluruhan)
(2002), Johan Debat Komuniti Bestari Negeri Sembilan (2003), Johan Debat
Komuniti Bestari (Pendebat terbaik pertandingan akhir) (2003) Johan Pidato KEMAS
Negeri Sembilan (2003), Johan Pidato anjuran KEMAS Negeri Sembilan (2004).
Beliau turut menjadi ketua hakim bagi pertandingan-pertandingan debat yang
dianjurkan, jurulatih debat dan memiliki sijil Penghakiman Debat yang
dikeluarkan oleh MADUM. Terakhir sekali, Johan Pidato Perdana Islam Hadhari
Kebangsaan di PWTC di hadapan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 2006. Kini
menjadi jurulatih sambilan untuk Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh serta beberapa
buah Universiti Tempatan termasuk UNIMAS di Sarawak.






Comments
Post a Comment